27.2.14

2014 and CNY celebration

assalamualaikum pembuka bicara.

assalamualaikum pembuka bicara.

peh peh,lama juga gua tak menghadap blog ni. lupa password katakan -.- tak perlu la kot kan gua buat buat tiup habuk "fuh fuh berhabuk blog titew cebab dah ame tak bukewwwww" tak perlu lah ye. mahu kena tendang beramai ramai kalau buat gitu.

jadi sekarang 2014. dah nak masuk bulan tiga,baru nak post pasal 2014? kata hati gua. apa azam gua untuk tahun 2014 ni? memandangkan gua SPM candicate,jadi biasalah,nak study dan dapat result yang molekkk ha katakooo. yang lain tu,malaih ah gua nak cakap. ntah dapat dicapai ntah tidak. biar gua je la yang tau azam gua yang lain lain tu ye. engkorang pun bukan nak tau sangat ye dokkk?

tahun ni gua kena jadi pengerusi untuk kelab PRS. engko tahu apa PRS? Pembantu Rakan Sebaya. gua ni nama je PRS,tapi kawan kawan gua yang bantu gua,bukan gua bantu diorang. dan tahun ni banyak kerja sekolah ! mentang mentang la form 4 kitorang fun fun. perghhhh. suka pula gua suka nyaaa. sekarang gua dah takde masa nak lepak bagai. semenjak ada tusyen ni,dari 7 pagi sampaiiiii 5 petang stay sekolah. balik mandi solat terbungkang atas katil lalu kroh kroh. Kalah PM dengan ke-busy-an kami. dalam busy busy pun,gua cuba untuk cari masa untuk gua luangkan masa dengan pakwe gua. TWITTER :* poyo okay poyo.

takde apa dah la kot? jadi gua nak cerita pasal CNY celebrate. peh happening gua kata kat engkorang. dengan cikgu cikgu dan kawan kawan bangsa cina yang sporting. yang paling best ! yang penting,makanan semua budak budak cina hidangkan . paling paling palingggg penting, HALAL .  :D gua malas nak cakap taip banyak,engkorang tengok je la gambar gambar.











dari atas kiri : sen hen,(lupa),chong jun,yong heng,jia kent (tersorok) azhan,chun hau,jin xian,kian wah.

dari tengah kiri : gua (eyla),bee qing,xiao wei,tze qi (tersorok) ,juhana,dayah,jia hui,siti (tersorok),pei wen,swee nee.

dari bawah kiri: biela,chi xin,kiz,jen qi,ring hoi,(lupa),nieysa,sheera,hanisah.

sorang teee : tasha.


-we are family-

12.4.13

MSU & icity waterpark



assalamualaikum
woi woi woi . hua hahahaha . -_- wa nak mula story neh. lu yang nak bangun tu sila duduk balik. wa bisulkan buntut kang. taktak . gurau je :3 baru baru neh 9 . 4 . 2013 sekolah wa ada buat trip untuk budak2 cemerlang PMR tahun lepas. dan wa ada dalam senarai. wa nak bangga kejap :D kitorang pergi ke MSU dan ICITY WATERPARK . best boh ! rasa macam taknak balik . enjoy gila




kiz berani tangkap gambar wa senyap senyap

azhan dan asraf. suwik ? ha ha -.-

hana dan tasha
pukul 6.30 semua mesti berkumpul dekat kantin . then pukul 7 mula gerak pergi jemput cikgu cikgu yang terlibat di kemayan. berapa minit kemudian berenti makan di sebuah kedai. makanan je cikgu bagi -,- air,ha lantak kau. pegi beli sendiri .

jangan cari wa,malu ah :P

azhan dan kukuh

sempatttttttt~

dalam pukul berapa ntah,wa malas pulak tengok jam an. sampai kat msu. kitorang melawat apa yang ada dalam MSU tu. bapak best ah dalam tu. masing masing lepas tengok dalam msu tu,belaka pakat nak masuk msu lepas habis sekolah -.- termasuk la wa.






kat tandas msu jadik -,-






swimming pool dalam msu






catwalk katenya xD cikgu sepul






ct hana tasha dan dinnn



dah habis melawat melawat. ha,neh yang wa tak sabar nak story neh. bace ah woi,bace :P

dalam pukul 2 lebih gitu (yang neh wa rajin tengok jam) kami pun sampai ke icity waterpark . wuhuu~ sampai pegi salin baju dulu. then mula la aktiviti kami di situ . time kitorang pegi tu,hari sekolah. jadi tempat tu pun takde la crowded sangat sampai nak bernafas pun tak boleh. tempat tu kami pegang pada 9 . 4 . 2013. muahahaha *gelak syaiton,comel tak kak ton?*






masa naik yang gelongsor bapak ah ye besar gedabak nak mampus. gaya nak tercabut nyawa. bukan setakat nyawa,kepala,tangan,badan semua tu ah. aku naik sekali je. budak budak neh boleh berulang ulang kali dia naik . aku tobat taknak naik dah benda tu *jerit sambil nangis* yang tikar tu,lagi la aku tak berani. gila kau. ho'oh -.- cikgu bagi masa kitorang mandi sampai pukul 5.30. then 5.30 tu pegi snowwalk. wuhuu~ gila kau. sejuk kat situ rasa macam erm erm erm. rasa macam wa dah takda hidung. kebas gila .















dimana ada kiz,disitu ada wa. dan dimana ada wa,disitu takde pulak kiz. dah main main salji semua tu,petang tu masuk ............................................................

 ala,yang neh wa rilek je. ceh (dalam hati siapa yang tau) kihkihkih.  then jalan jalan buat hal masing masing. wa dengan geng geng wa yang "kami buddyz takkan terpisah" tu la :P



kan wa dah cakap. dimana ada kiz,disitu ada wa :P







mase neh,ct menghilangkan diri -_-

then lepas jalan jalan cari macam macam tapi tak jumpa jugak,kitorang pun pergi la makan . mula mula nak pegi kfc . dah lepak lepak situ,memandangkan ramai bapak ah ye,kami pun beralih ke kedai lain.

ceh,bajet ah tu .









dan dalam pukul 8 ke 9 macam tu,kitorang pun bertolak pulang. ayat -.- kemainn .
azhan memang mengacau ketenteraman aku nak tidur. lepas tu mula la . cika pulak bising,lepas tu juhana . ha lepas tu,semua set set wa bising . budak cina,belaka dah ke alam mimpi. penat ngat :P

p/s : esok 13 . 4 . 2013,wa ingat nak tidur puas puas,last2,ada aktiviti pulak untuk budak prs dan pengawas. memang wa suka . suka sangattttttttttttt . rasa nak tercirit setiap masa,sebab suka sangat .

kitorang rasa macam nak putar balik masa. rasa macam tak puas . jarang dapat lepak,enjoy macam neh satu geng. serius,rasa macam nak duduk situ terus :'D geng,sayang korang ! ct hana tasha kiz cika nieysa anisa siti wawa asraf azhan mirol matpih